Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Hari Arafah, Tarwiyah Dan Kelebihannya (2024)

NIAT PUASA HARI TARWIYAH, HARI ARAFAH & KELEBIHAN 10 HARI TERAWAL BULAN ZULHIJJAH

10 hari pertama bulan Zulhijjah merupakan antara hari yang amat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan dalam Islam. Marilah kita menyambut bulan ini dengan meriah.

Untuk Makluman, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan melaksanakan cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1443H pada petang ini di Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Tingkat 10, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) bagi menentuan permulaan bulan Zulhijjah 1443H.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, pengisytiharan akan dibuat pada malam itu juga bagi tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu Hari Raya Aidiladha.

Mengikut jangkaan, hari Khamis 30 Jun 2022 adalah tarikh masuknya 1 Zulhijjah sehingga Jumaat 8 Julai 2022 (9 Zulhijjah), manakala 10 Zulhijjah adalah tarikh jangkaan Hari Raya Haji / Aildil Adha di Malaysia. Namun, mungkin juga berlakunya ‘kejutan’ seperti mana pengumuman Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Apapun, jom sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dan bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Zulhijjah dengan amalan-amalan sunhah.

Kelebihan 10 Hari Terawal Zulhijjah

10 hari terawal Zulhijjah mempunyai keistimewaan yang luar biasa, di mana pelbagai amalan soleh boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau beramai-ramai (berjemaah).

Antara puasa sunat yang digalakkan dalam Islam ialah Puasa Zulhijjah termasuklah Puasa Sunat Arafah (9 Zulhijjah).

“Tiada hari yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan amalan soleh padanya melainkan 10 hari terawal Zulhijjah” – Sahih Bukhari : 969

Selain itu, disunatkan juga melakukan amalan-amalan sunat yang lain seperti:

  1. Berpuasa di siang hari
  2. Beribadah di malam hari (Qiamullail)
  3. Perbanyakkan solat sunat
  4. Berbuat baik pada ibu bapa
  5. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran
  6. Bertutur tentang perkara yang baik
  7. Membantu orang susah
  8. Memperbanyakkan zikir
Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Hari Arafah, Tarwiyah Dan Kelebihannya (1)

Sumber: Mufti WP

Contoh Jadual Ibadat Di Bulan Zulhijjah

Berikut dikongsikan contoh jadual ibadat yang boleh dilakukan sepanjang 10 hari pertama Zulhijjah.

Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Hari Arafah, Tarwiyah Dan Kelebihannya (2)

Baca juga: Talian Whatsapp Op Bantu Seluruh Negara (Bantuan Terputus Bekalan Makanan)

Niat Puasa Sunat Bulan Zulhijjah

Lafaz Niat Puasa Zulhijjah

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya: “Saya niat puasa sunah bulan Zulhijjah kerana Allah Ta’ala.”

1 Zulhijjah = 11 Julai 2021
2 Zulhijjah = 12 Julai 2021
3 Zulhijjah = 13 Julai 2021
4 Zulhijjah = 14 Julai 2021
5 Zulhijjah = 15 Julai 2021
6 Zulhijjah = 16 Julai 2021
7 Zulhijjah = 17 Julai 2021
8 Zulhijjah = 18 Julai 2021 (Hari Tarwiyah)
9 Zulhijjah = 19 Julai 2021 (Hari Arafah)

HARAM PUASA :

10 Zulhijjah = 20 Julai 2021
11 Zulhijjah = 21 Julai 2021
12 Zulhijjah = 22 Julai 2021
*13 Zulhijjah = 23 Julai 2021

Puasa Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah)

Niat Puasa Tarwiyah

نويت صوم التروية سنة لله تعالى

Nawaitu shauma al tarwiyata sunnatan lillahi ta’ala

Ertinya: “Saya niat berpuasa sunnah tarwiyah kerana Allah ta’ala.”

Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Hari Arafah, Tarwiyah Dan Kelebihannya (3)

Apakah Hari Tarwiyah?

Hari Tarwiyah merupakan hari yang kelapan di dalam bulan Zul al-Hijjah dan tidak ada dinyatakan kelebihan yang khusus atau amalan yang khusus untuk dilakukan pada hari tersebut berdasarkan kepada hadith-hadith yang sahih.

Makna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah.

  • Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).
  • Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. [Lihat:al-Mughni, 3/249]

Sumber: Mufti WP

Niat Puasa Arafah & Kelebihan Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji.

Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.”

– Hadis Riwayat Muslim

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah.

Maka Baginda bersabda:

“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”

– Hadith Riwayat Imam Muslim

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”

Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Hari Arafah, Tarwiyah Dan Kelebihannya (4)

Niat Puasa Sunat Hari Arafah

*نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلِّهِ تَعَالَى*

Maksudnya: Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala

Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Hari Arafah, Tarwiyah Dan Kelebihannya (5)

Kelebihan Hari Arafah

Rasulullah SAW. bersabda lagi:

“Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”.

Digalakkan juga berdoa kerana Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”

NOTA:

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.

Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.”

(Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).

Sumber: JAKIM

Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Hari Arafah, Tarwiyah Dan Kelebihannya (2024)

References

Top Articles
Latest Posts
Article information

Author: Arline Emard IV

Last Updated:

Views: 5820

Rating: 4.1 / 5 (72 voted)

Reviews: 95% of readers found this page helpful

Author information

Name: Arline Emard IV

Birthday: 1996-07-10

Address: 8912 Hintz Shore, West Louie, AZ 69363-0747

Phone: +13454700762376

Job: Administration Technician

Hobby: Paintball, Horseback riding, Cycling, Running, Macrame, Playing musical instruments, Soapmaking

Introduction: My name is Arline Emard IV, I am a cheerful, gorgeous, colorful, joyous, excited, super, inquisitive person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.